Tuesday, April 17, 2007

3.0 PENDIDIKAN

PENDIDIKAN

KLASIFIKASI TUGASAN DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK AWAL

3.0.1 ATASI RENGEKAN

Kanak-kanak yang suka merengek di Rumah Kanak-kanak tidak kurang ramainya. Sebagaimana pemerhatian kasar yang di lakukan dalam penulisan laporan harian. Mereka ini kemungkinan ingin mendapat simpati dari kakak-kakak dan abang-abang sepenghuni dengan mereka.

.Bagi memastikan ketepatan dalam Kajian/ Pemerhatian saya. Penemuan secara tidak langsung telah menemukan maklumat yang lebih teperinci dalam kajian ini. Sebagaimana temubual singkat antara saya dengan House Mothers

Menghadapi anak kecil yang suka merengek, Staff/ Warden katanya harus mempunyai kesabaran yang tinggi karena ia mudah sekali menangis. Kemungkinan permintaan tidak ditunaikan , sikap acuh tak acuh dan pelbagai kemungkinan yang lain atas

3.0.2 Tingkah laku ini(rengetan) berhubung rapat dengan temperament kanak-kanak ini. Umumnya temperament kanak-kanak dibahagi kepada tiga:

1)mudah

2)sukar

3)lambat (slow to warm up).

Untuk mengetahui temperament kanak-kanak, Staff/ Warden selalunya lebih melihat ciri-ciri mudah, sukar, dan lambat ini semenjak mereka kecil lagi. Anak yang tergolong dalam kumpulan pertama sangat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang baru.

Sebaliknya anak yang tergolong dalam kumpulan kedua sukar menyesuaikan diri dengan menunjukkan reaksi yang negatif bila diletakkan dalam situasi yang baru. Anak yang tergolong dalam kumpulan ketiga pula lambat serta memerlukan masa tertentu untuk menyesuaikan diri.

Secara umumnya anak-anak yang selalu merengek adalah anak-anak yang mempunyai temperament sukar dan lambat.

3.0.3 Faktor penyebab dan cara-cara melayani anak-anak yang suka merengek

1. Keadaan fizikal anak

Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

Pandangan House Mothers Keseluruhan dicapai.

Perlu peka terhadap keadaan fizikal dan cari punca kenapa mereka merengek dan pantas selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, mereka akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani.

2. Mencari perhatian

Kadang-kadang mereka inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana pada biasanya mereka fikir akan diberikan perhatian hanya apabila merengek sedangkan tidak ketika berkelakuan baik. Akibatnya, mereka "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek-rengek sambil menangis.

Pandangan House Mothers: - Pn. E. Muniamah

* Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.

* Ajak mereka berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahwa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. auntie tak tahu dan tidak faham apa yang kamu mahu. Cuba cakap baik-baik dengan auntie, beritahu elok-elok dengan auntie apa yang kamu mahu.."

* Berilah perhatian kepada mereka setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Auntie bangga kamu tidak merengek ketika mandi tadi.."

3. Ingin menunjukkan kekuatannya

Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah. Mereka ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, Staff/ Warden disini tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara mereka kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri..

Pandangan House Mothers: - Pn. S.Parwadi

Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula.

Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Kamu nak minum air panas atau air sejuk?"

Melalui cara ini, tujuan untuk menyediakan minuman mereka dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa . Sedikit sebanyak mereka ini merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.

4. Terluka perasaannya

Biasanya ini terjadi bila mereka dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Kamu benci pada auntie." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibubapa menjadi semakin marah.

Pandangan House Mothers: - Pn. E. Manimoly

Kita harus bersabar. Kadang kala Peluklah mereka sambil menenangkannya seperti, "Auntie sayang kamu .janji, jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat mereka merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.

5. Tidak mampu melakukan sesuatu

Kita tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan mereka melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar kita meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal mereka anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan kanak-kanak ini merengek.

Pandangan House Mothers: - Pn. K.Narumala

Jangan memaksa anak ini melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Katnya lagi, Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, kamu suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.

Peringkat akhir Kajian keseluruhan yang dapat dicapai dalam pemerhatian ini . Apa yang dapat dirumuskan dalam pengurusan dan penjagaan dan seterusnya menangani masalah yang sering berlaku adalah :

1. Berfikir positif

Warden asrama seharusnya tidak mudah berputus asa bila melihat kanak misalnya mempunyai temperament slow to warm up, yang memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Berfikirlah secara positif bahwa kita dapat membentuknya menjadi anak yang baik. Dengan keyakinan ini, terbentuklah hubungan yang baik antara staff dan penghuni disitu.

2. Tidak mengalah kepada rengetan anak

Cara staff berinteraksi dengan penghuni dapat mempengaruhi sikapnya. Misalnya, si anak yang memiliki kecenderungan untuk merengek menjadi semakin teruk jika dia memahami bahawa rengetannya itu dapat dijadikan sebagai senjata bagi dirinya. Apalagi bila warden selalu memenuhi atau mengalah pada rengetannya. Namun bila warden bersikap tegas dan tidak mudah mengalah, lama kelamaan rengetan itu akan berkurangan.

3. Tidak memberikan label

Pemberian label kepada penghuni akan menyebab mereka menjadi tidak yakin kepada dirinya sendiri. Bahkan lambat laun ia menjadi kanak-kanak seperti yang dilabelkan selama ini. Umpama, diberi label kanak-kanak ribena, dan dipanggil dengan gelaran itu setiap hari, maka sikapnya yang suka merengek akan berterusan.

4. Fokus kepada sikap anak

Untuk membangunkan sikap positif penghuni, selalulah memerhati tingkah lakunya yang baik dan berikan penghargaan. Jangan hanya memberikan perhatian ketika mereka berkelakuan buruk. Contoh, "Wah, hari ini Indera tidak merengek langsung. Abang sukahati bila Indera berkelakuan begini". Ini dapat menanamkan rasa keyakinan diri pada mereka.

5. Tidak membandingkan-bandingkan

Setiap kanak-kanak memiliki kelebihan dan kekurangan. Tugas warden adalah memaksimakan kelebihan setiap anak dan meminimakan kekurangannya. Ini dapat menanamkan rasa percaya si kecil bahwa dirinya memang memiliki keistimewaan sama seperti teman-temannya yang lain.

Pemerhatian / Kaji Selidik : Sekiranya saya menghadapi masalah penghuni yang suka merengek...perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah mencari faktor penyebab terlebih sebelum menanganinya...




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]