Tuesday, April 17, 2007

3.1 KLASIFIKASI KAJIAN DALAM PEMBENTUKAN MORAL

KLASIFIKASI KAJIAN DALAM PEMBENTUKAN MORAL

ROTAN/ MEMUKUL

3.1.1 Hukuman Fizikal.

Memukul atau merotan merupakan hukuman fizikal. Staff/ Warden yang menggunakan hukuman fizikal bertujuan menghentikan kerenah penghuni yang tidak baik. Walaupun terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa hukuman fizikal ini kurang berkesan malah mendatangkan implikasi yang negatif, tapi bagi saya, masih ada situasi tertentu di mana Staff/ Warden perlu jugak merotan penghuni sebagai hukuman, terutamanya dalam perkara yang membabitkan kemalasan dalam pembelajaran. Mereka boleh memahami bahawa hukuman rotan yang diterima adalah di atas sikap degil dan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun begitu, sekiranya Staff/ Warden mempunyai cara yang lebih efektif, elakkan dari mengenakan hukuman fizikal terhadap anak-anak.

3.1.2 Kesan Fizikal

Adakah cara selamat untuk merotan atau memukul?

Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan yang buruk jika dilakukan oleh Staff/ Warden yang authoritative dibandingkan dengan cara mereka yang authoritarian. Hukuman fizikal yang dilakukan sekali sekala oleh authoritative parents tidak menjejaskan hubungan rapat di antara Staff/ Warden dan penghuni. Sebaliknya, jika hukuman fizikal itu dilakukan oleh yang Staff/ Warden autoritarian, ia boleh menjadi batu penghalang kepada hubungan rapat antara Staff/ Warden dan penghuni yang mengakibatkan semakin sukar bagi mereka untuk mengendali dan mendidik mereka.

3.1.3 Kesan Emosi

Sebelum mengenakan hukuman fizikal ini, Staff/ Warden wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap penghuni. Mereka juga perlu mengambil kira tahap hubungan dengan penghuni .Sekiranya penghuni mempunyai hubungan yang rapat dengan Staff/ Warden (closed bonding), maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak-anak.Sebaliknya jika Staff/ Warden tidak begitu rapat dengan anak-anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak-anak terganggu seperti menyimpan dendam, marah dan sebagainya.

Staff/ Warden perlu meneliti, samada hukuman fizikal itu dilakukan secara reflex atau secara terancang. Hukuman fizikal yang terancang ialah Staff/ Warden mempunyai peraturan yang tertentu misalnya penghuni wajib menyiapkan kerja sekolah, andainya mereka tidak mengikut peraturan tersebut atau dapati aduan dari pihak sekolah maka mereka dikenakan hukuman fizikal. Kebiasaan nya penghuni memahami peraturan dan tahu akibat dari kedegilan mereka, mereka akan menerima hukuman fizikal.

Di sini, penghuni diberi pilihan samada mengikut peraturan atau menerima hukuman. Manakala hukuman fizikal secara reflex pula ialah yang berlawanan dengan hukuman fizikal terancang, tidak ada peraturan yang dibuat, asal anak buat kerenah saja, Staff/ Warden terus mengenakan hukuman fizikal.

Istilah yang biasa kita gunakan ialah ringan tangan. Ketara sangat dalam pemerhatian saya sehari-hari Ringan tangan yang Staff/ Warden di sini bukan bermakna rajin tapi cepat sangat menampar penghuni . Pantang silap sikit, mereka mesti kena, mungkin kena penampar, mungkin kena rotan sampai menangis dan sebagainya. Inilah cara pendidikan yang kurang berkesan kerana apa yang saya perhatikan , penghuni kerap akan mengulangi kerenah yang sama.

Setiap kali Staff/ Warden mengenakan hukuman fizikal, mereka langsung tidak memberi penerangan kepada penghuni kenapa mereka dipukul dan sebagainya. Ini menjadikan kan kelakuan penghuni yang langsung sama sekali tidak dapat mereka terima atas sebab desakan atau barangkali atas sebab masalah di pejabat dan rumah sebagai contohnya .

3.1.4 Perlaksanaan

Sebagai contoh senarai peraturan di asrama perlu dipasang setiap sudut agar peraturan tentang perkara itu dapat beritahu. Pesan memesan antara penghuni senior dan junior, mereka mungkin akan menerima ianya sebagai satu hukuman sekiranya mereka berkelakuan begitu Tiada isu berat sebelah siapa yang berhak dalam penerimaan hukuman melainkan masalah kesihatan umpamanya.

Staff/ Warden juga harus memastikan bahawa mereka tidak dalam keadaan marah ketika hukuman fizikal dilakukan.

Sekiranya kita merotan atau memukul dalam keadaan yang marah, mungkin terjadi kes penderaan. Staff/ Warden yang dalam keadaan marah tidak dapat mengawal emosi dengan baik, dan melepaskan ledakan emosi kepada penghuni melalui hukuman fizikal. Sering kali saya memesan pada rakan sekerja, sekiranya disedari bahawa hati kita tengah panas, eloklah kita elakkan diri daripada anak-anak sehingga kemarahan kita reda.

Staff/ Warden seharusnya tahu bagaimana cara merotan yang selamat dan tidak mendatangkan kecederaan kepada mereka . Merotan di tempat yang kurang sensitive seperti tapak tangan. Jangan sesekali memukul dibahagian muka atau di tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya seperti di kepala atau perut. Pukulan yang diberikan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi pengajaran kepada mereka agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Sama seperti kita menjaga anak-anak daripada kecederaan fizikal ketika merotan atau memukul, begitulah juga kita harus menjaga mereka daripada kecederaan emosi. Jangan merotan di khalayak ramai atau di depan kawan-kawan sehingga memalukan mereka terutama pada penghuni remaja.

3.1.5 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, selain dari hukuman fizikal, masih terdapat banyak bentuk disiplin yang lebih positif dan efektif. Hukuman fizikal mungkin sebagai langkah terakhir apabila cara-cara disiplin yang lain tidak berkesan dan hendaklah dilakukan dengan cara yang paling selamat agar tidak mendatangkan kecederaan kepada mereka baik dari segi fizikal atau pun emosi.

3.1.5.1 Pilihan Pendidikan – Apabila menjangkau usia pertengahan atau penghujung keremajaannya, remaja harus menentukan sendiri beberapa perkara penting tentang kehidupannya pada masa hadapan. Perkara ini dipengaruhi bermula dengan tahap pencapaiannya semasa di peringkat sekolah, tekanan daripada Penjaga/warden dan juga nilai masyarakat disekeliling mereka. Sekiranya sikap dan aspirasi penjaga bertentangan dengan apa yang dipegang oleh rakan sebaya mereka, kekeliruan dan konflik bakal tercetus. Akibatnya, setiap tindakan yang diambil adalah dipengaruhi oleh perasaan dan emosi dan bukannya ditentukan oleh pemikiran yang matang serta waras.

3.1.5.2 Perkembangan Heteroseksual – Pada permulaan dan pertengahan zaman remaja, perubahan hormon akan menyebabkan pertumbuhan ciri-ciri seksual sekunder berlaku. Bagi remaja lelaki, perubahan suara dan kepejalan otot akan berlaku pada tahap ini. Sementara remaja perempuan pula akan mengalami perubahan seperti pertumbuhan buah dada dan lapisan lemak pada bahagian tertentu pada tubuh badan. Remaja mula mengalami dorongan jantina yang tidak pernah dialami sebelum ini. Perhatian tertumpu kepada ibu bapa pada zaman kanak-kanak mula beralih kepada rakan sebaya yang sejenis dengannya. Begitu juga dengan luahan kasih sayang kini lebih tertumpu kepada rakan rapat yang mereka anggap sebagai objek ‘cintanya’.

3.1.5.3 Penguasaan Nilai Moral – Pada zaman kanak-kanak, sistem moral yang dipelajari oleh mereka adalah diambil sepenuhnya daripada penghuni yang terdahulu. Kini pada zaman remaja, mereka mula mendapat pengaruh daripada rakan sebaya yang membawa perubahan dalam sistem moral yang mereka amalkan selama ini. Pengaruh rakan sebaya

merupakan proses dimana remaja mula bertindak mengubahsuai atau meninggalkan segala ajaran daripada penjaga selama ini. Mereka juga sudah berani menambah atau menyatupadukan nilai yang lama dengan yang baru dipelajari daripada persekitaran mahupun pergaulan.

Sekiranya sebelum ini mereka menyanjungi dan kagum dengan mereka, kini diperkecilkan dan remaja menganggap bahawa diri mereka lebih matang dengan idea, nilai serta pengalaman yang tinggi.

Hal ini akan menyebabkan penjaga/warden menjadi risau dan bimbang sekiranya pengaruh terhadap anak-anak ini semakin berkurangan. Seandainya situasi ini tidak dapat dikendalikan dengan baik, ianya mampu mengundang pergaduhan dan permasalahan antara penjaga dan penghuni.

0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]