Tuesday, April 17, 2007

2.8 KAJIAN ISU PRA-PENDIDIKAN


KAJIAN ISU PRA-PENDIDIKAN


Isu Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal bagi kanak-kanak sebelum mereka memasuki alam persekolahan yang sebenar. Guru prasekolah mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mendorong atau merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak dengan berbagai-bagai cara. Kesan pendidikan prasekolah terhadap perkembangan kanak-kanak tidak mudah dilihat kerana kepelbagaian program sekolah itu sendiri.Menurut Clarke-Steward dan Fein (1983), kanak-kanak yang menghadiri prasekolah;Lebih kerap berinteraksi dengan rakan sebaya, tidak kira sama ada secara positif atau negative

#Kurang bekerjasama dan kurang bergerak balas dengan orang dewasa berbanding dengan mereka tidak mengikuti prasekolah.

# Dikatakan mempunyai kelebihan dari segi kecekapan sosial dan lebih matang apabila mereka menunjukkan ciri-ciri keperibadian seperti lebih yakin, ekstravert, asertif, berdikari, ekspresif, berpengetahuan tentag dunia sosial dan selesa dalam situasi sosial dan mnghadapai tekana dan mempunyai penyesuaian yang lebih baik ketika memasuki sekolah (contoh: menunjukkan ketekunan dalam pelaksanaan tugas, kepimpinan dan bermatlamat)

# Dikatakan kurang mempunyai kecekapan sosial kerana mereka turut menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti kurang sopan, suka bercakap dengan kuat, kurang patuh kepada arahan guru, lebih agresif dan suka mengarah atau bossy, terutamanya jika tingkah laku mereka mendapat sokongan guru atau warden asrama.




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]