Tuesday, April 17, 2007

1. Sejarah Penubuhan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Taiping

1 PENGENALAN

Sejarah Penubuhan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Taiping

Pada waktu Perang Dunia ke-2 , selain golongan kaum hawa dan orang-orang tua, golongan kurang upaya OKU, golongan kanak-kanak adalah golongan yang menjadi mangsa dari akibat peperangan yang tercetus hampir segenap pelusuk dunia. Tanah Melayu yang juga dikenali (Malaya) suatu ketika dahulu menjadi tumpuan kedatangan imigran pelbagai bangsa dan etnik dari seluruh dunia . British merupakan negara penjajah yang pernah menjajah Malaya bertanggung jawab membawa pekerja imigran ini.terutama dari negara Cina dan negara India yang terdiri dari pada pelbagai etnik dan kaum dari negara tersebut.

Pada waktu pencerobohan Jepun di Malaya , ramai rakyat negara ini telah dihantar untuk kerahan tenaga bagi melaksanakan pembinaan landasan keretapi di selatan Thailand . Pembinaan landasan yang dikenali juga landasan maut mengakibatkan ramai pekerja mati Antaranya faktor kebuluran akibat dari bekalan yang tidak mencukupi, serangan penyakit berjangkit seperti demam malaria juga pelbagai penyakit dari bekalan makanan yang tidak berzat dan sumber air minuman tercemar .

Golongan ibu dan anak-anak yang ditinggalkan mendorong mereka untuk berusaha mencari tempat pergantungan dan perlindungan dinegara ini bagi meneruskan kehidupan sekeluarga. Sejurus sahaja pengunduran Jepun, Malaya di ambil alih oleh British bagi mentadbir semula negara ini. Penyusunan sosio ekonomi, masyarakat setempat di bangunkan semula .

Tertubuhnya Rumah Kanak-kanak pada tahun 1946 adalah bertujuan bagi membela nasib golongan kanak-kanak yang tiada tempat bergantung, kehilangan kaum keluarga , terutama bagi kaum ibu yang tidak berkemampuan dari sumber pencarian , dan pelbagai masalah dari hasil peninggalan peperangan dunia yang tercetus sebelum nya.

Muzaffar Kannah tercetusnya idea sempena nama bagi rumah kanak-kanak tersebut dan di dibangunkan oleh seorang angkatan tentera yang berpangkat Major . Major K.L Jamieson dibantu oleh oleh seorang Inspektor yang bernama Mohamaed Ali. Peringkat permulaan, bangunan ini mampu memuatkan 50 orang penghuni satu-satu masa. Akhirnya bangunan tersebut didiami 25 orang penghuni lelaki dan 30 orang penghuni perempuan diantara lingkungan umur 5 tahun dan 17 tahun.

Ahli Jawatan kuasa perlantikan terdiri golongan ahli perniagaan . Mereka ini bertanggungjawab menjaga kebajikan terutama hal-hal yang berkaitan pendidikan. Kanak-kanak Rendah dan Menengah yang berjaya dalam pendidikan akan dibayai sepenuhnya yang diputuskan dalam minit mesyuarat Ahli jawatan kuasa Adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar menghantar kanak-kanak keperingkat yang lebih tinggi untuk memastikan keseinambungan kejayaan bangsa India yang telah menjadi sebahagian masyarakat dinegara ini.

Usaha-usaha berterusan telah di sempurnakan dari pelbagai pihak dan tokoh awal yang bertanggungjawab mengumpul dana modal permulaan berjumlah RM 30,000 iaitu Mr. Jal Manecksha dari “Social Welfare Lottery Board” . Beliau meminta bantuan pelan lengkap sebuah Rumah Kanak-kanak dari Mr. Xavier yang berkhidmat di British Millitary Head Quarters yang berpangkalan di Kamunting. Dari tahun 1971 hingga 1991 Rumah Kanak-kanak siap didirikan dan selepas itu nama Rumah Kanak-kanak Taiping digantikan dan kekal hingga sekarang.

Usaha-usaha ini tidak mati begitu sahaja. Usaha permodenan dan pengurusan yang konsisten dan perancangan awal adalah untuk membiana rumah kebajikan yang selesa dan moden yang dilenhkapi dengan kemudhaan dewan, blik computer, bilik belajar, perpustakaan dan bilik mesyuarat. Pada tahun 1993 pembinaaan dijalankan dan ia mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkan bangunan empat tingkat dilengkapi dengan semua keperluan untuk kanak-kanak ini iaitu pada tahun 1995.. Peruntukan dan sumbangan untuk menyiapkan bangunan ini dibantui sepenuhnya dari badan-badan kerajaan , badan bukan kerajaan NGO dan orang ramai bangunan baru yang siap ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan Presiden MIC Dato Seri Samy Vellu.

Pada tahun 2006 , Rumah kanak-kanak Taiping ini telah menenmpatkan seramai 90 orang penghuni yang berasal dari seluruh pelusuk negeri yang terdiri dari 50 orang penghuni ellaki dan 40 orang penghuni perempuan . Rumah kanak-kanak ini telah diuruskan oleh seoarang ahli perniagaan yang berpengaruh iaitu En. K. Ramakrishnan diabntu oleh En. S.P Krishnamurthy.




Read More...

1.2MATLAMAT PENUBUHAN

1.2 MATLAMAT PENUBUHAN

  • Memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yatim dan kepada kanak-kanak dari keluarga yang kurang kemampuan.
  • .Memberi pendidikan akademik, bimbingan moral dan agama.
  • Menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak di dalam bidang vokasional terutama bagi kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran
  • .Memberi segala kemudahan untuk kanak-kanak supaya mendapat apa yang diinginkan dimasa hadapan.
  • Mendidik kanak-kanak untuk menjadi rakyat yang berguna dan setia pada negara.



Read More...

1. 3 KUMPULAN SASARAN

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kanak-kanak yang akan menjadikan sesuatu dikatakan bagi mereka yang akan melalaui

Kanak-kanak:

  • Lelaki- dari umur 1 hari hingga 12 tahun dari darjah hinggalah sekolah menengah yang menempuhi alam dewasa kelak,. Bagi peringkat Menengah atasan hingglah melanjuti peringkat Diploma dan degree dari universiti tenpatan hinggalah univesiti diluar Negara, adalah menjadi kewajiban pihak rumah kanak-kanak untuk menanggung mereka dari segi kewangan.

    • Disini ( Rumah kanak-kanak Taiping ada seorang sahaja yang telah melepasi peringkat universiti . Beliau adalah satu-satunya perempuan didik dari peringkat kanak-kanak yang membolehkan kelayakan melanjuti peringkat pengajian luar negara Moscow . Russia.

Perempuan dari umur 1 hari hingga 18 tahun yang memerlukan penjagaan

dan perlindungan

a) Anak-anak yatim - Mereka yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya

sekali semasa mereka dilahirkan. Tiada ahli keluarga terdekat (waris) yang menjaga.

b) Anak-anak pengemis – Di Malaysia istilah pengemis tiada ada kaitan langsung. Malah istilah fakir pun tiada . Pihak Ngo atau pihak kebajikan telah mngenalpasti dimana mereka yang purata gaji tau pendapatan yang bawah dari yang sepatutnya akan mendapat bantuan atas nasihat atau saksi .

c) Anak-anak banduan dalam tahanan – Ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali yang telah diarahkan oleh pihak mahkamah untuk menjalani hukuman. Juga mereka yang telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani rawatan seperti umpamanya pemulihan dadah di pusat serenti , pusat rawatan mental , perintah buang daerah PCO.

d) Anak-anak pesakit berjangkit – Mereka ibu atau bapa yang didapati membawa penyakit sepeti kusta atau HIV yang didapati boleh membawa kemudaratan pada orang ramai terutama kanak-kanak. Atas perintah mahkamah dan juga atas nasihat daripada pusat kesihatan (hospital dan seumpamanya.

e) Kanak-kanak terdampar – Kanak-kanak yang tercicir dari segi pelajaran, Juga tiada tempat perlindungan yang dikenal pasti tempat tinggal di pendalaman( dihutan ) di kota

( kotak-kotak, tempat pembuangan sampah)

f) Kanak-kanak terbuang - Mereka yang didapati tebiar dan sahih mengatakan tiada tempat penjagaan yang sempurna . Tiada pewaris seumpamanya.

g) Kanak-kanak yang dianiaya - Pihak-pihak dan orang awam mengenalpasti kanak-kanak tersebut murung dan rasa takut untuk berdamping dengan orang ramai. Juga didapati badan –badan dan tubuh mereka berdarah dan kesan lebam lebam akibat didera dan bukan kesan daripda kemalangan yang tidak disengajakan,.,

h) Kanak-kanak terdedah kepada bahaya kerosakan moral

i) Kanak-kanak pindahan

j) Kanak-kanak yang menjadi mangsa jual beli

k) Kanak-kanak dari perbalahan mendapat hak penjagaan ibu bapa.




Read More...

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]