Tuesday, April 17, 2007

3.2 KOMUNIKASI

KLASIFIKASI PENEROKAAN ADAPTASI SOSIAL

3.2.1 Kemahiran

Beinteraksi sesama Penghuni adalah sesuatu perkara yang penting dalam mengetahui minat serta mencungkil sejauh mana pengetahuan mereka terhadap dunia luar.Tersisih dengan dunia luar bukan bermakna ketidak pekaan apa yang berlaku disekeliling . Lebih-lebih lagi maklumat yang berkaitan dengan tempat asal-usul mereka.

3.2.2 Waktu Sessi

Kemahiran interaksi disini bermula dalam waktu-waktu aktiviti bermain yang sememang nya boleh dikatakan aktiviti yang digemari oleh semua kanak-kanak. Saya mencari pendekatan beinteraksi pada akhir -sessi yakni berakhir waktu bertugas satu hingga dua jam pada sebelah petang..Kebiasaan nya saya meluangkan berkomunikasi masa-masa waktu bermain bolasepak .

Bagi penghuni perempuan mereka lebih gemar menonton selebihnya bermain galah panjang Bagi penghuni yang belum bersekolah dan bersekolah rendah mereka di beri peluang untuk bermain seperti anak patung dan kereta mainan yang di ambil dari store mainan yang dikhaskan

.Agihan-agihan barang mainan mengambil kira mengikut faktor umur dan minat mereka pada sesuatu mainan tersebut. Teori Bermain walaupun tidak mempunyai tujuan atau matlamat yang nyata, tidak bermakna bermain itu tidak mempunyai kepentingan dan faedah.

3.2.3KLASIFIKASI DAN APLIKASI TEORI DALAM PERMAINAN

Antara aplikasi rujukan yang dibuat dalam penyelidikan saya bersama dengan penghuni.

3.2.3.1 Teori Santrock(1998)

Menurut Santrock(1998), bermain meningkatkan peluang kognitif dengan rakan sebaya, meleraikan ketegangan, meningkatkan perkembangan kognitif (Piaget, 1962) dan penerokaan terhadap dunia luar.Bermain juga meningkatkan peluang bercakap dan berinteraksi di antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain. Ketika penghuni beinteraksi dalam masa permainan , pada pemerhatian saya mereka mempraktiskan pelbagai peranan yang dimainkan sesame mereka .Bermain mempunyai pelbagai fungsi yang mana melibatkan aktiviti-aktiviti seperti aktiviti fizikal dan motor dimana amat berguna untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan kemahiran fizikal dan juga menyumbang kepada adaptasi sosial

3.2.3.2 Teori Piaget

Menurut Piaget, manipulasi objek secara fizikal yang sebenar berkait rapat dengan perkembangan tentang objek atau benda. Sumbangan aktiviti bermain yang melibatkan daya imaginasi adalah ternyata bersifat intelektual kerana melakukan imaginasi melibatkan keupayaan kognitif yang penting berhubung dengan simbolisasi, peniruan dan membuat pertimbangan dan penyelesaian masalah

0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]