Tuesday, April 17, 2007

2.5 KAJIAN ISU PUSAT KEBAJIKAN KANAK-KANAK

KAJIAN ISU PUSAT KEBAJIKAN KANAK-KANAK

Isu Pusat Kebajikan Kanak-Kanak adalah Isu pertama yang akan dibincangkan ialah kesan Pusat Kebajikan terhadap perkembangan kanak-kanak awal. Pusat Kebajikan mendatangkan kesan yang berbeza kepada terhadap perkembangan kanak-kanak. Ada kesan yang positif dan juga kesan negatif.

Menurut Papalia(1990), kesan yang positif datang daripada Pusat Kebajikan yang berkualiti seperti pusat - pusat yang diasaskan dan ditaja oelh universiti-universiti. Kesan yang positif ini dapat dilihat melalui tingkah laku yang dimiliki oleh kanak-kanak seperti aktif, bekerjasama, yakin, asertif, berdikari dan prososial.Manakala bagi kesan negatif pula, dapat dilihat melalui tingkah laku seperti suka berkelahi, tidak mematuhi peraturan, menarik diri apabila memasuki pra sekolah dan sekolah rendah, agresif dan tidak akur.Kanak-kanak akan mengalami perkembangan yang berbeza di Pusat Kebajikan yang berbeza.

Hasil daripada kajian-kajian yang dipetik daripada beberapa buah buku dapat diringkaskan seperti berikut...

Perkembangan Kognitif dan bahasa Kanak-kanak yang dihantar ke Pusat Kebajikan Kanak-kanak didapati menunjukkan perkembangan intelek yang lebih baik dan mengalami kadar kejayaan yang lebih tinggi di sekolah kelak (Burchinal et al, 1989). Interaksi di antara pengasuh yang banyak bercakap dengan kanak-kanak juga dapat memperkembangkan lagi bahasa percakapan kanak-kanak.Perkembangan sosial dan emosi

Mengikut kajian Etaugh serta rakan-rakan (1980) mengatakan bahawa kanak-kanak yang berada di Pusat Kebajikan didapati lebih mudah menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi berbanding dengan mereka yang diasuh di rumah. Namun begitu, perkembangan sosial kanak-kanak di Pusat Kebajikan Kanak-kanak amat bergantung kepada kualiti dan kekerapan rangsangan verbal yang terdapat di pusat tersebut.

Kebanyakan kesan yang dibincangkan adalah berkenaan dengan aspek kualiti sesebuah Pusat Kebajikan terhadap perkembangan diri kanak-kanak. Dari segi faktor kualiti sesebuah Pusat Kebajikan adalah dalam membantu perkembangan seseorang kanak-kanak kepringkat yang lebih tinggi dalam pengurusan pendidikan dan pengajian dan begitulah sebaliknya.




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]