Tuesday, April 17, 2007

2.4 APLIKASI KAJIAN PENEMPATAN PENGHUNI

APLIKASI KAJIAN PENEMPATAN PENGHUNI

2.4.1 KESIMPULAN

Secara kesimpulan, kajian yang dijalankan ini boleh diringkaskan secara umumnya berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Para pegawai menunjukkan nilai kerja sosial yang selaras dengan trend perkembangan kebajikan kanak-kanak di peringkat global. Namun, penjelasan yang dibuat mengenai sesuatu pandangan itu adalah unik dan berbeza dengan para pekerja sosial di Barat dalam pembacaan ilmiah kajian saya.

2. Kajian ini menunjukkan semakin meningkat usia seorang kanak-kanak, semakin sukar kanak-kanak itu ditempatkan dengan jayanya. Wujud banyak penjelasan berkenaan trend ini. Namun, dirasakan persoalan attachment merupakan unsur utama yang harus diterokai.

3. Terdapat pandangan mengenai kepentingan penglibatan ibu bapa kandung sebelum dan selepas kanak-kanak ditempatkan di dalam Rumah Kanak-kanak. Namun, wujud kebimbangan mengenai kesan-kesan negatif yang dijangka timbul sekiranya kanak-kanak bertemu semula dengan keluarga kandung mereka. Walau bagaimanapun, kesan-kesan yang dijangka itu masih belum dikaji secara empirikal dalam kajian singkat dan ringkas ini . Hasil kajian yang terbatas dengan masa . Kebarangkalian yang lain pula wujud jurang komunikasi antara pelatih praktikal dengan pegawai bertugas bagi pengumpulan maklumat penyelidikan , Lantas amat perlu ada-ada pihak yang tampil meneruskan kajian lanjutan pada mereka yang berminat dalam bidang soal-soal kebajikan .




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]