Tuesday, April 17, 2007

2.6 KAJIAN ISU MENGEKSPLOITASI RUMAH KEBAJIKAN

KAJIAN ISU MENGEKSPLOITASI RUMAH KEBAJIKAN

Lain halnya dengan bahagian pengurusan. Budaya masyarakat kita yang suka membuat kebajikan menyebabkan ada individu yang tidak berhati perut mengekspoitasi Rumah-rumah Kebajikan dan Rumah Anak-anak Yatim.

Budaya ini bukan sahaja dilakukan melalui sindiket peminta sedekah tetapi secara terancang melalui penubuhan Rumah Kanak-kanak.Ada individu yang mengusahakan Rumah Kanak-kanak tanpa berdaftar dengan Kementerian berkaitan khasnya Jabatan Kebajikan Masyarakat. JKM sebuah badan yang dipertanggung jawabkan dalam membuat pemantauan dalam menangani hal-hal sebegini.

Anak yatim lelaki dan perempuan terpaksa hidup dalam persekitaran yang tidak sihat di Institusi yang tidak berdaftar manakala pihak pengurusan sibuk mencari derma dengan alasan mahu membina rumah kebajikan yang selesa. Akaun yang tidak diaudit oleh JKM memungkinkan penyalahgunaan wang yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anak yatim.

Kebajikan pekerja di abaikan. Bayangkan seorang pengasuh ditugaskan dengan gaji RM 700 untuk menjaga 17 orang anak yatim. Tanpa EPF, pengasuh datang dan pergi kerana tidak berpuas hati dilayan bagai hamba. Akhirnya Indon yang diupah untuk mengasuh dan memasak untuk anak-anak yatim ini.

Persengketaan sesama AJK menyebabkan ada yang mengambil kesempatan. Ada yang mahu menjual hamper yang diserahkan kepada institusi-institusi ini dan pelbagai salah laku serta penyelewengan berlaku.

Saya percaya perkara ini bukan saha berlaku di Rumah Kanak-kanak sahaja tetapi mungkin juga berlaku di lain-lain rumah kebajikan khasnya yang diurus secara persendirian tanpa penglibatan NGO dan lain-lain.

Pihak JKM perlu lebih proaktif dalam hal ini. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti contoh kebakaran di Rumah Kanak-kanak dimana waktu itu semua pihak akan menuding jari kepada pihak yang lain.

Pihak yang menderma pula perlu membuat penyiasatan terhadap akaun rumah kebajikan bagi memastikan akaunnya diaudit dan bebas dari penyelewengan. Janganlah di gadai masa depan kanak-kanak ini kerana tamakkan habuan dunia walaupun tahu ia bukan untuk kita tetapi untuk mereka yang memerlukan nya..

Tinjau-tinjaulah sekeliling , sekurang-kurangnya PIBG, mengambil tahu walaupun JKM mungkin mempunyai seribu satu alasan untuk tidak mahu mengambil tahu.- Alasan kebiasaan nya ialah tidak ada aduan di buat.

Moral :

Semakin hari makin menjadi2 kes 'derma tipu'. Sindiket antara yg popular sampi hari ni ialah tabung jantung hatiku...Khidmat Pesanan Ringkas SMS dan sebagai nya . Hari ini masyarakat terpaksa mengambil langkah berhati2 utk menderma, maka penderma makin kurang sedangkan yg memerlukan makin ramai.

Isu yang lebih utama, ke mana saluran yg boleh lagi dipercayai?

Diharapkan ianya tidak berterusan dimana sampai sutatu masa, masyarakat akan hilang terus kepercayaan dan pupus identiti budaya kita yang terkenal dengan sikap prihatin dan ihsan dalam menderma sudah tiada lagi.nanti

Saya sarankan bagi mereka yg tahu kes-kes derma seperti ini ,tampil untuk menangani pihak yg tidak sepatutnya menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]