Tuesday, April 17, 2007

2.1 KLASIFIKASI DALAM SKOP KAJIAN


KLASIFIKASI DALAM SKOP KAJIAN

2.1.1 Keinginan Untuk Bertemu Semula Dengan Keluarga Kandung

Mengenai isu ini, kajian pada kebiasaannya, kanak-kanak yang diangkat akan mempunyai keinginan untuk bertemu semula dengan keluarga kandung setelah mereka dewasa.

Tiga daripada responden saya berpendapat, anak-anak ini akan cuba untuk mengesan keluarga kandung mereka setelah mereka dewasa. Namun terdapat juga pandangan bahawa walaupun anak-anak akan cuba untuk mencari dan bertemu dengan keluarga kandung mereka, keluarga di Rumah Kanak-kanak masih menjadi pilihan utama untuk bersama.

Pendapat daripada seorang responden hampir sama dengan pendapat responden yang lain dengan menyatakan bahawa kanak-kanak ini lebih mesra dan sayang dengan keluarga Rumah Kanak-kanak. Namun begitu, mereka hanya ingin mengetahui maklumat tentang keluarga kandungnya tetapi tidak ingin bertemu dengan mereka.

Kajian ini seterusnya mendapati empat orang responden berpendapat bahawa keinginan untuk berjumpa dengan ibu bapa kandung bergantung kepada beberapa keadaan. Seorang responden berpendapat keinginan adalah berbeza dan bergantung kepada individu.

Manakala, responden lain berpendapat bahawa keinginan untuk bertemu banyak dipengaruhi oleh tujuan asal pengambilan semula kanak-kanak tersebut. Menurut pengalaman beliau, kebanyakan yang ingin bertemu dengan keluarga kandung adalah mereka yang terpisah akibat dariapda faktor ‘kemiskinan’ dan ‘penceraian’.

Dua orang responden yang lain berpendapat umur sewaktu letakkan pengawasan juga mempengaruhi keinginan menjadi penghuni. Kanak-kanak yang ingin bertemu semula dengan keluarga kandung mereka kebiasaannya adalah kanak-kanak yang perpenghuni setelah berusia dalam lingkungan prasekolah ke atas. Selalunya kanak-kanak yang diangkat semasa enam tahun kebawah (peringkat kanak-kanak awal) tidak ingin bertemu dengan keluarga kandungnya setelah dewasa pada pendapat mereka.

2.1.2 Peringkat Umur Paling Sesuai

Di dalam kajian ini, majoriti pegawai berpendapat bahawa peringkat kanak-kanak awal adalah umur yang paling sesuai untuk di letakkan sebagai penghuni.

Kajian-kajian lain juga mendapati keinginan ibu bapa meningkat semasa peningkatan umur kanak-kanak (Brooks, James & Barth, 2002). Kajian oleh Kemp dan Bodonyi (2002) juga telah membuktikan bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tahun lebih banyak dijadikan anak angkat. Dan pada pendapat dalam kajian saya juga ianya sesuai bagi pendudukan kanak-kanak dalam suasana persekitaran sebagai penghuni di rumah tersebut

Umur kanak-kanak menjadi isu di dalam kesudian ibu bapa untuk mengambil mereka semula. Walaupun hampir separuh responden menyatakan umur bukanlah faktor penghalang di dalam penempatan dengan Rumah Kanak-kanak, namun majoriti mereka berpendapat semakin meningkat usia seorang kanak-kanak, semakin sukar untuk ditempatkan .

Dapatan ini selaras dengan kajian oleh Barth dan Courtney (1994) yang mendapati umur mempengaruhi jangka masa seorang kanak-kanak untuk terus berada di dalam sistem jagaan pelihara (foster care). Fenomena ini memberi implikasi negatif terhadap kanak-kanak atau remaja yang memerlukan sebuah keluarga terutamanya mereka yang berada di Home.

Keadaan ini akan menimbulkan persoalan mengenai nasib kanak-kanak yang lebih berusia atau remaja yang memerlukan penjagaan sewajarnya bagi menentukan masa depan mereka..



0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]