Tuesday, April 17, 2007

2.2 APLIKASI PENILAIAN DALAM LIMITASI KAJIAN

2.2APLIKASI PENILAIAN DALAM LIMITASI KAJIAN

2.2.1 Kesan Pertemuan Semula Dengan Keluarga Kandung

Kajian ini mendapati responden kajian agak berselisih pandangan mengenai kesan pertemuan semula di antara anak dengan ibu bapa kandung. Hampir separuh daripada responden berpendapat ia tidak mendatangkan masalah dan tidak menjejaskan hubungan mesra di antara anak dengan ibu bapa . Sebaliknya, responden yang separuh lagi berpendapat pertemuan semula dengan keluarga akan menimbulkan kesan yang negatif terhadap kanak-kanak dan keluarga yang lain mereka.

Contoh pihak keluarga ibu dan pihak keluarga bapa dan pihak keluarga ketiga yang lain. Ini selaras dengan kajian oleh Leathers (2003) yang mendapati kanak-kanak yang jarang dikunjungi oleh ibu bapa kandung akan lebih mempunyai hubungan yang positif dengan keluarga gentian

2.2.2 Keinginan Kanak-Kanak Untuk Bertemu Semula Dengan Keluarga Kandung

Dapatan kajian juga mendapati kebanyakan responden berpendapat keinginan seorang kanak-kanak untuk bertemu semula dengan ibu kandung memang wujud, Ini kerana terdapat keinginan yang tinggi pada setengah kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat mengenai ibu bapa kandung mereka. Senario ini telah dibuktikan oleh kajian Fisher (2002) di Georgia, Amerika Syarikat.




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]