Tuesday, April 17, 2007

BAHASA

BAHASA

Sering saya tekan kan dalam Pendidikan Bahasa. Bahasa yang kebiasaan nya dipakai disekolah-sekolah dan bukan nya pendekatan bahasa rojak , bahasa Melayu + India yang pusing-pusing . Percubaan ini amat sukar dan sekurang-kurang nya mereka faham apa yang saya tuturkan. Apa yang diterapkan adalah bagi meningkatkan cara komunikasi mereka sewaktu diluar sana bersama rakan-rakan sekolah pelbagai bangsa juga dengan guru-guru sekolah .Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi di mana ilmu yang ditimba, dibaca, didengar, difahami dan dibicarakan. Bagi menajamkan pemikiran seseorang itu, penguasaan bahasa yang baik dapat membantunya memahami bahan bacaan yang disediakan.Penggunaan bahasa yang baik bermula daripada rumah dan gurunya yang pertama adalah ibu bapa.Penguasaan bahasa bagi anak-anak harus diterapkan dari awal lagi melalui persekitaran rumah yang kaya dengan bahasa.

Pemerhatian/ Peneyelidikan : Kelilingilah mereka dengan bahan-bahan rujukan yang dapat memperkaya dan membina pembangunan bahasanya.Galakkan yang diberi oleh saya pada penghuni hanya semata-mata untuk mengeluarkan dan mendengar pendapat mereka dengan kaedah mengemukakan soalan-soalan yang terbuka kepada mereka. Melalui kaedah kerap berbual-bual dengan kanak agar mindanya terangsang. Ini adalah kerana sewaktu tempoh pembentukan seorang kanak-kanak, otaknya dapat menampung segala maklumat yang diterima dan apa yang telah dipelajarinya itu akan dicurahkan semula.Oleh itu, kekerapan bertutur dalam sesuatu bahasa itu akan dapat menajamkan kemahiran berfikirnya dan merangsang sifat ingin tahu mereka amnya..




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]