Tuesday, April 17, 2007

APLIKASI – APLIKASI DALAM KAEDAH PSIKOLOGI

APLIKASI – APLIKASI DALAM KAEDAH PSIKOLOGI

KOGNITIF KANAK-KANAK

Kognitif Kanak-kanak Perkembangan

Alam kognitif kanak-kanak awal atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Contohnya dalam lukisan, mereka mungkin mewarnakan matahari hijau dan langit kuning, kereta terapung di awam, burung bermian dengan buaya dan manusia menyerupai orang-orangan( scarerow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat pemiiran dari perspektif diri sendiri dan belm berupaya melihatnya dari perspektif orang lain. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa pemikiran juga meningkat mengikut siri peringkat yang bertambah kompleks.Minat tentang perkembangan kognitif kian meningkat apabila kesedaran wujud di kalangan penteori bahawa kanak-kanak berfikir berbeza dari segi kualitatif dan kuantitatif berbanding orang dewasa. Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan sahaja mereka kurang berpengetahuan secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal dan pertengahan kanak-kanak.

KOGNITIF REMAJA

Perubahan dalam perkembangan kognitif yang dialami oleh remaja :

* Perubahan ini tidak dapat dilihat dengan jelas, berbeza bagi setiap individu, namun penting bagi seseorang individu bagi mencapai tingkat perkembangan kognitifnya akan mempengaruhi cara ia melihat dirinya, merancang masa depannya, dan menganalisis permasalahan yang dihadapi.

* Terdapat banyak teori mengenai perkembangan kognitif remaja, termasuk teori perkembangan kognitif sebagaimana yang dikemukakan oleh Piaget, namun secara umum remaja cenderung menggunakan idea-idea yang abstrak dan berfikir secara abstrak, multidimensional, relatif dan reflektif. Sejauh manakah tepatnya tingkat perkembangan kognitif seorang individu pada masa remaja sukar diramalkan, dan sangat berbeza mengikut seseorang.

* Perkembangan kognitif seseorang itu tidak hanya ditentukan dari pertumbuhan dan kematangan sistem saraf pusat mahupun periferi sahaja, namun juga cara ia memproses informasi, meningkatkan daya ingat dan kapasiti memorinya, dan kedekatannya dengan suatu objek pengetahuan.

* Walaupun demikian, tingkat kematangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan latihan-latihan dan usaha untuk memperbaiki cara belajar dan mengorganisasi memori. Hal ini juga tidak terlepas dari potensi-potensi yang dimilikinya, termasuk bakat tentang pengetahuan tertentu.

* Suatu perkara yang harus diperhatikan pada perkembangan kognitif remaja adalah bukan pada kepantasan berfikir dan banyaknya informasi yang dikuasai yang penting, namun lebih kepada cara remaja itu menggunakan informasi yang dimilikinya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

* Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh Jean Piaget. Beliau adalah seorang pakar psikologi kanak-kanak dari Switzerland. Piaget juga menerangkan cara berfikir yang kesan kepada tingkah laku setiap individu.

* Teori yang dikemukakan oleh Piaget lebih berfokus kepada tahap. Tahap bagi remaja ialah tahap akhir iaitu, tahap operasi formal yang bermula pada umur dua belas tahun hinggalah ke atas.

* Pada tahap ini mereka berupaya mengunakan serta memahami logik dan konsep abstrak dan cuba merealisasikan konsep tersebut.

* Mereka tidak lagi cuba menyelesaikan sesuatu masalah secara cuba jaya (trial and error), seperti semasa mereka berusia tujuh tahun, tetapi mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

* Mereka berkeupayaan melakukan sintetis terhadap sesuatu kejadian dan seterusnya cuba membentuk hipotesis untuk mencapai sesuatu kesimpulan.

* Remaja pada tahap ini mampu memikirkan perkara abstrak dan berfikir secara logik, reflektif serta sistematik.

0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]