Tuesday, April 17, 2007

PERKEMBANGAN FIZIKAL

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pertumbuhan Fizikal Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor pewarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi dan penjagaan.

Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti malnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.

Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi rasa rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan...Perkembangan Motor apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun mereka bukan hanya boleh berjalan tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan memakai pakaian..

FIZIKAL REMAJA

Perubahan yang pasti berlaku semasa peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja ialah perubahan susuk badan, iaitu daripada tidak mempunyai bentuk sehinggalah susuk badan dan perwatakan menyerupai orang dewasa.

Beberapa perubahan fizikal dan fisiologikal berlaku semasa baligh dan perubahan ini membuka lembaran baru dari alam kanak-kanak ke alam remaja.

Baligh :

* Biasanya dikaitkan dengan bermulanya seseorang perempuan mendapat

haid hasil daripada tindak balas "hormon progesteron".

* Bagi remaja lelaki pula, baligh berlaku apabila hormon testeron mula menghasilkan sel sperma, iaitu seawal 12-13 tahun.

* Kanak-kanak perempuan selalunya akan mencapai umur baligh lebih awal daripada kanak-kanak lelaki, iaitu pada umur 9-10 tahun

Perubahan fizikal yang agak ketara adalah seperti:

a) Perubahan bentuk badan.

b) Bentuk badan lelaki lebih tegap daripada wanita.

c) Remaja perempuan akan mengalami pertumbuhan buah

dada dan punggung yang membesar serta pertumbuhan

tulang punggung (pelvic) yang melebar.

d) Remaja lelaki akan mendapati pertumbuhan misai dan suara

yang menjadi agak kasar.

e) Pertumbuhan bulu di kawasan kemaluan dan ketiak.

* Tidak semua remaja bersedia untu menghadapi zaman remaja yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Hal ini kerana remaja juga menghadapi maalah menerima bentuk tubuh yang baru.

* Bagi remaja perempuan, pengalaman haid yang pertama mungkin suatu pengalaman yang tidak menyeronokkan, tetapi ada juga yang ternanti-nanti masa kedatangan haid yang pertama mereka.

* Ada juga yang mengalami kesakitan semasa haid. Begitu juga dengan perkembangan buah dada, punggung serta pertambahan berat badan yang memberi kesa kepada psikologi mereka.

* Zaman remaja adalah satu zaman pergolakkan emosi yang di sebabkan oleh tekanan dan ketegangan yang begabung semasa mencapai kematangan seksual dan fizikal.

* Namun, bukan semua remaja ini dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Pada peringkat permlaan, ada remaja perempuan yang agak malu apabila mendapati buah dadanya membesar. Begitu juga remaja lelaki yang menunjukkan perubahan suara yang bertukar menjadi garau dan berasa tidak selesa serta merasa akan ditertawakan oleh rakan-rakan mereka.

Namun demikian, jika perubahan bentuk fizikalnya agak lambat berlaku, seseorang remaja tu boleh berasa tertekan.

Contohnya, jika kebanyakkan pelajar wanita di dalam kelasnya telah menunjukkan ciri keremajaan, seperti pertambahan berat badan dan mempunyai buah dada yang sedang membesar, sedangkan remaja tadi masih belum merasai perubahan seperti yang dialami oleh rakan-rakan lain, dia mula berasa terasing daripada kawan-kawannya.

* Terdapat kumpulan remaja yang terlalu mudah mempersendakan atau mengasingkan rakan sebaya yang mempunyai kecacatan fizikal atau yang keadaan tubuhnya berlainan daripada biasa.

* Perubahan hormon di dalam badan juga menyebabkan jerawat tumbuh di muka para remaja. Jerawat yang tumbuh memberi kesan kepada psikologi kerana remaja merasakan wajah mereka tidak cantik atau tidak menarik.

  • Di samping itu, sekiranya jerawat ini tidak di jaga dengan baik, ia akan meninggalkan parut untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada dir remaja. Seperti yang telah dinyatakan, jerawat adalah akibat daripada pertukaran hormon badan yang amat kompleks, maka masalah ini sememangnya tidak dapat dielakkan.

Secara ringkasnya, pertumbuhan fizikal remaja adalah dalam kadar sederhana, iaitu tidak terlalu pesat seperti pada zaman bayi dan kanak-kanak. Perubahan fizikal juga mampu mempengaruhi emosi dan psikologi remaja, dimana zaman inilah yang menjadi penentu masa depan dan kehidupan diri mereka.




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]