Tuesday, April 17, 2007

PERKEMBANGAN EMOSI

PERKEMBANGAN EMOSI

EMOSI KANAK-KANAK

Emosi adalah penggerak utama bagi menggambarkan tingkahlaku kanak-kanak khususunya peringkat pertengahan dan akhir. Ini kerana menerusi emosi yang dilahirkan mereka dapat menonjolkan segala bentuk perkara yang dirasai serta yang difikirkan. Dengan itu, segala situasi yang berlaku di sekeliling baik dari aspek perubahan biologi akan mendorong pembentukan emosi dalam sesuatu masa sama ada sedih, marah, kecewa dan sebagainya.

Ini bermakna, seorang kanak kanak itu dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang bijak akan mula memanupulasikan ibu bapa mereka untuk memenuhi kehendak kanak- kanak itu.

Pada dasarnya, emosi dan perasaan kanak-kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu:

Faktor luaran:

Lazimnya, kanak-kanak akan menonjolkan reaksi mereka sendiri dalam sesuatu masa melalui riak muka seperti ketawa, menangis, senyum, bermasaam muka dan langsung tidak berkata apa-apa.

Daripada situasi yang kita lihat, di sini dapat kita rumuskan bahawa kanak-kanak pertengahan dan akhir memiliki amosi yang tidak stabil dan berubah -ubah mengikut masa dan keadaan.

Sebagai contoh, mereka sangat sensitif dan mudah menangis apabila ditegur dengan nada yang kasar seperti dimarahi oleh pegawai bertugas.

Seterusnya, emosi mereka turut berubah apabila diberi pujian setelah berjaya menylelesaikan sesuatu perkara leih-lebih lagi dalam bidang akademik. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat meningkatkan tahap ekstim kendiri dalam diri kanak-kanak tersebut.

Faktor dalaman :

Merujuk kepada perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya. Ini kerana, mereka masih kecil dan semestinya memerlukan perhatian yang sepenuhnya daripada anggota keluarga. Keadaan ini dapat kita perhatikan apabila mereka akan menonjolkan emosi dengan mempamerkannya melalui tingkah laku yang ditonjolkan. Kedaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak akan mengamuk dan mengguling-gulingkan badan apabila kehendak mereka tidak dituruti dan ianya berterusan selagi tidak mendapat perkara yang diinginkan. Situasi ini dapat kita lihat di shopping complex apabila mereka gagal mendapat barangan yang diinginkan lebih-lebih lagi barangan permainan.

Daripada 2 situasi di atas, kita dapat merumuskan bahawa sememangnya emosi kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir adalah berbeza-beza mengikut peralihan usia sekitar 6 hinnga12 tahun.

Oleh itu, ibu bapa khususnya perlulah memahami setiap rentak emosi kanak-kanak dan mestilah jika dengan setiap kehendak yang mereka ingin.

EMOSI REMAJA

Perjalanan hidup seorang remaja sering dikaitkan dengan cara pertumbuhan dan cara mereka mengawal emosi dengan sebaik yang mungkin.Pakar psikologi menyatakan bahawa zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan idealisme, pemberontakkan dan tekanan.Perubahan-perubahan yang dialami oleh seseorang remaja membuatkan dirinya berada dalam keadaan yang tidak stabil kekeliruan dan konflik.

Menurut Shertzer & Stone (1992), remaja adalah satu zaman yang penuh dengan cabaran, dugaan, suka dan duka. Remaja juga dalam usia begini berada diperingkat “rebut” dan “tekanan” (storm and stress)

Kebebasan psikologi – Kebebasan emosi merupakan salah satu kejayaan bagi setiap remaja. Kebebasan emosi ini berlaku melalui proses ‘ individuasi’ yang berterusan. Ia merangkumi harapan, keinginan, sifat, ketrampilan dan cara mempertahankan diri. Kebebasan emosi ini menyebabkan mereka menagih sikap berdikari dan menolak bergantung pada keluarga. Pada masa yang sama, mereka merasa benci apabila ingin menggantikan suasana yang selamat dan tempat bergantung dengan fasa kebebasan ini. Menyentuh soal kebebasan ini, ia tidak boleh disalahertikan dengan menganggap remaja ingin melarikan diri daripada tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa. Namun, ia adalah keadaan dimana remaja mula berfikir dan bertindak secara bersendiri

Antara emosi-emosi yang pernah dialami oleh seseorang remaja :

Percintaan Remaja

- Perasaan ingin disayangi dan menyayangi adalahperkara yang lumrah di alam remaja

Perasaan ini selalunya diiringi dengan percintaanantara remaja.

- Namun demikian, cinta remaja ini selalunya tidak kekal atau berterusan.

- Percintaan di zaman remaja ini selalunya disebut “puppy love ”.

Kesunyian

- Kesunyian terjadi sekiranya remaja tidak dapat menyesuaikan diri dengan

rakan sebaya di sekolah

- Merupakan remaja yang tidak dapat mengikuti norma rakan sebayanya.

- Remaja yang lebih suka mengasingkan diri daripada bercampur dengan

rakan sebaya tidak akan memberi keuntungan kepada mereka.

Perasaan Rendah Diri

- Ada beberapa sebab mengapa remaja mempunyai perasaan rendah diri seperti:

o Kecacatan anggota

o Merasakan dirinya tidak menarik

o Tidak pandai berkomunikasi

o Taraf sosioekonomi yang rendah

o Tidak pandai bergaul

- Apabila remaja mempunyai perasaan yang sedemikian akan wujud perasaan :

o Pendiam

o Pemalu

o Tidak suka bergaul

o Mudah tersinggung

o Kurang bermotivasi dalam pelajaran

Dengan ini akan wujud jurang antara remaja itu sendiri dengan remaja yang lain

Kehidupan Yang Bebas

- Remaja secara normalnya tidak mahu dikongkong sepenuhnya.

- Apabila mereka merasakan diri mereka dikongkong maka akan wujud

pemberontakkan dalam diri mereka

-Secara tidak langsung akan memberi kesan dalam masalah sosial Remaja

Keinginan Untuk Mencuba

- Remaja selalu ingin mencuba sesuatu yang baru atauterpaksa melakukan

sesuatu itu kerana dorongan dan cabaran dari rakan mereka

- Remaja yang berjaya melakukan apa sahaja yang dirancangakan dianggap

hebat oleh rakan-rakannya

- Sebagai contoh :

o Menghisap rokok

o Penagihan dadah

o Menghidu gam

o Lumba haram

§ Mencari Identiti Kendiri

- Pada waktu begini remaja akan bertanyakan soalan seperti“ Siapakah saya?”

“Apakah hala tuju hidup saya?”“Apa imej yang sesuai dengan diri saya?” dan

pelbagai persoalan yang timbul

- Konflik peribadi yang berlaku dalam diri remaja selalunya disebut

“krisis identiti”

Penampilan Diri

- Seperti pakaian. Potongan rambut, gaya bercakap dan sebagainya yang

mungkin akan terikut-ikut kepada sesuatu kumpulan tertentu.

- akan lebih meminta pandangan rakan-rakan daripada ahli keluarga sendiri

untuk memastikan mereka ikut peredaran masa.




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]