Tuesday, April 17, 2007

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat dua bulan lebih adalah satu pengalaman yang amat-amat menyeronokkan walaupun terdapat pelbagai rintangan dan cabaran dari penghuni itu sendiri . Tetapi bagi saya ianya satu pengalaman manis yang sukar dilupakan . Walaubgaimana pun terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dalam sudut bimbingan dan pembelajaran dari segenap sudut . Penilaian yang dilakukan selama ini secara tidak langsung dapat menyiapkan diri saya dalam proses persediaan dalam menempuh alam kerjaya . Percubaan praktikal yang dijalan kan selama ini benar-benar memberi kesan psikologi yang mendalam dalam jiwa apatah lagi menempuhi realiti sebenar erti kehidupan kanak-kanak

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan

Kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya.Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya.Apa yang dilihat dan dipelajari di rumah dan di sekelilingnya akan menjadi panduan dalam hidupnya.




0 comments:

 
Design by [ DELANG ] : Power by NIEZOM : Team Network [ FUNGKURIAN 1.1 Beta ]