CADANGAN
Jika diperhatikan respon yang diterima daripada Pegawai-pegawai disitu di dalam kajian ini, terdapat dua sudut pendapat iaitu:
i) Kepentingan penglibatan ibu bapa kandung dan pertemuan semula apabila anak mereka diletakkan di bawah jagaan orang lain
ii) Kebarangkalian wujudnya masalah jika kanak-kanak bertemu semula dengan ibu bapa kandung tersebut
Berlakunya perbezaan pandangan mengenai perkara di atas berkemungkinan kerana masih wujud kekaburan terhadap bagaimana caranya untuk mencari kepentingan terbaik kanak-kanak (child’s best interest).
Oleh kerana itu, keperluan mengadakan suatu kajian lanjutan yang lebih komprehensif dan empirikal mengenai kanak-kanak dan sistem keluarga terlibat (kandung dan Pusat Jagaan) terutamanya perbandingan mengenai kepentingan penglibatan keluarga kandung dan juga kesan-kesan pertemuan semula amat-amat dirasakan di negara ini.
0 comments:
Post a Comment